Saturday, October 23, 2010

Jangan Panggil ‘Mat Rempit’, Tapi Panggillah Pemuda Soleh di Jalanan



Tukar ‘Samseng Jalanan’ kepada Pemuda Soleh di Jalanan
Ada orang muda yang berminat nak mendengar ekzos motosikalnya bunyi macam ragam crazy frog. Ada juga yang suka lenggok ‘kona baring’ nya bak Paolo Rossi. Namun mendengar cemuhan dan panggilan ‘Samseng Jalanan’ memang merumitkan. Jom kita tukar dengan panggilan yang lebih ‘Wow’ lebih ‘Perghh dan lebih ‘sempoi’!
(maksudnya):Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di perolokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan). – (Al-Hujurat,49: 11)
Allah SWT. melarang orang yang beriman agar mereka jangan memperolok-olokkan orang lain, apakah disebabkan oleh pakaiannya, badannya, rupanya, gelarannya ataupun atas sebab-sebab yang lain. ]alam ayat tersebut Allah SWT memberi ‘illat (sebab), iaitu barangkali orang yang diperolok-olokkan dan dianggap rendah itu lebih ikhlas dan lebih mulia hatinya serta lebih taqwa kepada-Nya.
Sifat “sukhriyah” iaitu tabiat suka merendah-rendahkan orang lain tidak akan muncul kecuali dari hati yang dipenuhi oleh sitat-sifat tercela dan kosong dari sifat-sifat terpuji. Oleh itu baginda Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya:
Cukuplah seseorang digolongkan orang yang jahat sekiranya dia suka merendah rendahkan Muslim lainnya. 
( Kalam Al Mannan VII-135)
Saidatina ‘Aisyah radhiyallah ‘anha berkata: “Ya Rasulallah sesungguhnya Shafiah adalah wanita (lalu diisyaratkannya dengan tangannya begini iaitu wanita pendek). Maka Rasulsallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya kalau kata-kata tersebut engkau campakkan ke dalam lautan luas nescaya akan busuklah seluruh airnya.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Kita selalu mendengar pandangan yang mengatakan ‘kata-kata itu satu doa’. Banyak pakar motivasi dan ustaz-ustaz yang sangat marah dengan ibubapa yang memanggil anaknya ‘bodoh’ , seruan ‘lembap’ dan sebagainya.
Namun, muncul beberapa pendapat (pendapat anda dihormati) yang lebih meng’upgrade’kan panggilan mat rempit sehingga ke samseng jalanan. Bukankah mereka ini selayaknya didoakan?
Percayalah gelaran yang lebih buruk itu sama sekali tidak menggagalkan jiwa remaja yang memang hakikatnya mahu mengangkat tayar hadapan motor mereka. Dengan gelaran yang semakin buruk, dan semakin ranggi membuatkan gaya merempit itu makin menjadi dan makin cun.
Gejala merempit makin menjadi-jadi di negara kita -Gambar hiasan-
Seruan kepada ibu dan ayah, kawan-kawan dan semua umat yang cintakan keinsafan orang muda, ayuh kita menukar nama glamour pemuda yang merempit dengan gelaran yang lebih bersifat ‘doa’.
Kita tukar panggilan kepada ‘Pemuda-pemuda soleh di jalan raya’ atau ‘Mat Rabbani di atas jalan’. Senang ceritakan ayuh panggilan mendoakan mereka tanda sayang kita kepada pemuda Islam di Malaysia.
Manalah tahu doa jutaan rakyat Malaysia itu mampu merubah satu atau dua hati menerima hidayah dengan doa anda. Ingatlah, doa yang ikhlas itu didengari Rabbi!

Aurat??? Adakah Kita Sedar!!!!

“Baiklah sahabat-sahabat sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar . Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahami hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?


Aurat Wanita
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.

Friday, October 22, 2010

Perlancaran MaherZuan.Blogspot.Com

salam ku hulurkan buat semua pengemar blog hari ni bkn ana  nk mengangu bloger dunia ni cuma sekadar perkongsian 
diri 
maklumat
kejadian
nasihat
ilmu kerdil yang ada
Insyaallah sama2 menyokong ok>>>
Blog ni juga dinamakan 'halawatul hayat bermaksud kemanisan hidup'
Terima Kasih Kerana Melayarinya