Monday, November 8, 2010

Harimau Beriman

Alkisah…..
Seorang lelaki  ponteng solat Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan…KRAKKKK!
Kedua-dua kakinya patah.
Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk lg… Yang Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng solat jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini…
Ampunilah aku Ya Allah …makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman.. tolong Ya Allah! Aminnn..”
Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit…HARIMAU tersebut pun berdoa,“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! ” Hehehe……….=)

No comments:

Post a Comment